ini jalan cuma sekerat, kerana pemuda ini tidak suka penghujung jalan yang bersirat.

13 December 2011

Gadis di sana

Bulat anak matanya,
Berkelip kelip galak memanggil.
Mungil cantik bibirnya,
Bergerak gerak mengukir snyum.

Gadis di sana.
Bedebar hatiku dibuatnya,
Gadis di sana,
Senyum kau itu pada siapa?

Arghhhh.

Kiri kanan,
Depan belakang,
Atas bawah.

Apa lagi yang aku kurang?
Cepat pantas kalut aku periksa.
Dar sepatu hingga ke rambut.
Dari luaran terus ke dalaman.
OK semuanya tanpa cacat cela.

Gadis di sana,
Aku suka kau.

Gadis di sana,
Kini kita dah bersama.

Sekarang kau dah jadi,
Gadis di sini.

No comments: