ini jalan cuma sekerat, kerana pemuda ini tidak suka penghujung jalan yang bersirat.

23 December 2011

AKU TAAT PADA YANG SATU

Terlopong dada membuka laluan
Setiapnya sama tak endah suruhan
Dihentak digoncang dicanang dibiarkan
Tetap satu untuk ditujukan.

Berbumbung panas berlantai sejuk
Berteduh hujan berlindung taufan
Redah dan redah lantas kau mara
Tetap satu tiada dua.

Bertepuk gembira musuhnya binasa
Menangis hiba saudara dipancung
Menyerah tidak, mara jua tidak
Diam....... Lalu jawab
AKU TAAT PADA YG SATU.

No comments: