ini jalan cuma sekerat, kerana pemuda ini tidak suka penghujung jalan yang bersirat.

23 December 2011

AKU TAAT PADA YANG SATU

Terlopong dada membuka laluan
Setiapnya sama tak endah suruhan
Dihentak digoncang dicanang dibiarkan
Tetap satu untuk ditujukan.

Berbumbung panas berlantai sejuk
Berteduh hujan berlindung taufan
Redah dan redah lantas kau mara
Tetap satu tiada dua.

Bertepuk gembira musuhnya binasa
Menangis hiba saudara dipancung
Menyerah tidak, mara jua tidak
Diam....... Lalu jawab
AKU TAAT PADA YG SATU.

16 December 2011

p a s a n g

Pasang.
Pasangkan.
Pasangan

Semuanya ada pasangan
Mata kiri mata kanan
Telinga kiri telinga kanan
Tangan kiri tangan kanan
Kaki kiri kaki kanan
Rusuk kiri rusuk kanan.

Siapa di kiri siapa di kanan?
Cari carilah cepat.

15 December 2011

seorang duaorang. apa yang kurang?

Seorang.
s.e.o.r.a.n.g
Kalau diterjemahkan ke dialek bahasa UK atau Amarika, ianya membawa erti a person.
Mengikut jilid terjemahan kamus hidup aku, membawa maksud "duduk sendirian tanpa ditemani makhluk bernyawa ciptaan Allah (manusia). Bersembang bersama TV. Bergurau senda bersama periuk nasi, bergelak ketawa bersama kusyen a.k.a sofa mahupun ternganga mulut apabila melihat kipas siling di atas kepala. "

Duaorang.
D.u.a.o.r.a.n.g
Kalau diterjemahkan ke dialek bahasa uk atau amarika, ianya membawa erti a couple.

Mengikut jilid terjemahan kamus hidup aku, membawa maksud duduk berduaan dan ditemani makhluk bernyawa ciptaan Allah (manusia). Bersembang bersama teman tersebut, bergurau senda, bergelak ketawa bersama teman tersebut.

Tigaorang
T.i.g.a.o.r.a.n.g
Malas dah aku nak buat terjemahan.

Hmm.
Ohhh hmmmmmmm!!!
Serabut.

"Ya Allah, aku akan hadapi ujian ini dengan sekuat hati kerana Engkau hanya memberi ujian kepada hambaMu yang mampu menanggungnya."
Amin.

13 December 2011

Gadis di sana

Bulat anak matanya,
Berkelip kelip galak memanggil.
Mungil cantik bibirnya,
Bergerak gerak mengukir snyum.

Gadis di sana.
Bedebar hatiku dibuatnya,
Gadis di sana,
Senyum kau itu pada siapa?

Arghhhh.

Kiri kanan,
Depan belakang,
Atas bawah.

Apa lagi yang aku kurang?
Cepat pantas kalut aku periksa.
Dar sepatu hingga ke rambut.
Dari luaran terus ke dalaman.
OK semuanya tanpa cacat cela.

Gadis di sana,
Aku suka kau.

Gadis di sana,
Kini kita dah bersama.

Sekarang kau dah jadi,
Gadis di sini.