ini jalan cuma sekerat, kerana pemuda ini tidak suka penghujung jalan yang bersirat.

03 January 2012

Rindu Hati

Tirai malam kembali berlabuh
Bulan makin menjalar ke barat
Angin malam meniup merdu
Hati mula diketuk rindu.

Ahhhh.
Senyuman manis berkeliaran di minda
Tawanya membisik di gegendang telinga
Suara halus bergema di jiwa
Rindu padanya mula memuncak.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku.

LK rindu NN

Ya Allah,
Kau lindungilah dirinya
Kau sinari lah hidupnya
Kau murahkanlah rezekinya
Kau kuatkanlah dirinya.

Ya Allah,
PadaMu aku menadah 10 jari
Kau peliharalah cinta kami dari dosa
Kau kuatkanlah iman kami
Kau berkatilah hubungan kami.

Ya Allah
Terimalah doa hambamu ini
PadaMu kami berserah
PadaMu aku memohon.

Amin.