ini jalan cuma sekerat, kerana pemuda ini tidak suka penghujung jalan yang bersirat.

17 April 2012

jejak :: pergi

Di awangan atas kepala
Mata tertumpu satu arah yang sama
Jejak arah sepasang tapak
Ditapakkan atas pasir halus
Kemudian
Ditiup perlahan angin sepoi
Kadangkala dibedal ribut badai.

Jejak sepasang hilang begitu
Jejak sepasang memori lalu
Jejak dihapus terus dan terus
Jejak hilang dalam sepi malam

Cecah tapak di bumi bawah
Graviti mengikat jasad melekat
Setitik tepercik tempias terasa
Putar tak rasa Pusing tak runsing

Melonjak menggapai kepulan putih
Mimpilah jika sampai di sana
Tunduk duduk.

Jejak pergi.
Jejak hilang.

No comments: