ini jalan cuma sekerat, kerana pemuda ini tidak suka penghujung jalan yang bersirat.

03 April 2012

hujan sayu ::

Hujan sayu
Merintik berlagu atas bumbung karat
Tepercik jumlah milimeter kecil
Sangka tiada kesan

Terus
Terusan hujan
Batu keras kepala di bawah
Langsung menjadi mangsa
Lama
Lama kelamaan itu
Batu keras kepala
Hancur
Tewas
Berlubang

Jumlah milimeter kecil
Kuat juga kesannya
Dalam juga kesannya
Hebat juga kesannya
Tinggal kesan akhirnya.
Hujan sayu.

No comments: